Preventive maintenance ni sebenarnya penyelenggaraan berkala pada komputer bagi mengelakkan ia dari rosak secara tiba-tiba nanti. Kita buat penyelenggaraan ni supaya kerosakan teruk dapat dielakkan di samping dapat mengembalikan prestasi komputer yang sedang berkurang.
Kenapa Preventive Maintenance ni perlu?
Perbaiki masalah pengaliran haba - komputer tidak mudah panas.
Kebiasaan komputer yang kita guna pada masa yang lama akan memerangkap segala macam habuk dan debu dalam komputer desktop mahupun laptop di mana ianya akan menyebabkan sistem pengaliran udara tidak berfungsi dengan baik. Habuk-habuk dan kotoran melekat pada kipas penyejuk menyebabkan pengaliran haba tidak berfungsi dengan cekap yang boleh mengakibatkan komputer cepat panas dan kadang-kadang tu komputer bunyi bising kerana kipas penyejuk yang berpusing laju.Selain itu, habuk-habuk yang melekat pada heatsink menghalang angin penyejuk mengalir dengan baik menyebabkan pembebasan haba berlaku tidak cekap.
Mengekalkan prestasi komputer
Penggunaan komputer tanpa selenggaraan dengan baik menyebabkan prestasinya menurun. Software ataupun sistem operasi komputer juga perlu diselenggara bagi mengekalkan prestasi yang baik. semasa proses penyelenggaraan, sistem-sistem file yang akan dicuci, dibuang dan disusun semula manggunakan sistem yang tersedia dalm komputer tu.
Bagaimana proses penyelenggaraan ini dilaksanakan?
Proses penyelenggaraan melibatkan hardware(perkakasan komputer) dan software iaitu sistem operasi. Bagi komputer desktop, casing perlu dibuka dan bagi melaksanakan pembersihan debu-debu serta kotoran pada peranti komputer, kipas penyejuk dan bahagian dalam casing tersebut. Boleh guna berus cat yang kecik tu untuk tanggalkan debu-debu degil yang melekat pada kipas dan sirip penyejuk(heatsink). Kalau ada vacuum lagi bagus.
Jika perlu, heatsink processor perlu ditanggalkan untuk menggantikan thermal paste yang baru jika yang asal sudah mengeras. Thermal paste boleh dibeli dengan harga bawah RM10 bagi yang biasa. RAM juga boleh ditanggalkan untuk memastikan kaki berada dalam keadaan bersih, jika kotor maka bolehla dicuci dengan sedikit alkohol atau getah pemadam. Jangan lupa juga bahagian luaran monitor dan keyboard perlu dibersihkan.
Setelah selesai semua, bolehla pasang semula casing tersebut dan ON komputer tu. Pastikan komputer terpasang dengan baik seperti biasa dan pastikan juga tarikh serta masa tu betul jika tak betul sila betulkan.
Dalam windows, ape yang perlu dilakukan hanyalah 'disk cleanup', "defragmenting', 'check disk' dan memastikan antivirus program berfungsi dengan baik serta up-to-date. Jika perlu, peranti lain seperti cd/dvd drive juga perlu dicuci dengan alat pencuci yang dikhaskan jika ada.
Bila dah selesai semuanya, boleh restart komputer dan pastikan tiada masalah berlaku. Siap lah proses penyelenggaraan komputer secara ringkas. Boleh la mencuba kat komputer anda. Bagi pengguna laptop, kaedah lebih kurang sama je cuma kena lebih berhati-hati bagi yang tak biasa bukak cover laptop.
0 comments:
Post a Comment